Penyelia Sukan

24 November 2009
JOHAN BOLA TAMPAR PIALA PENGARAH
Pada 21-22 November 2009, Kejohanan Piala Pengarah telah berlangsung dengan jayanya. Pasukan Bola tampar Wanita PPD Petaling Perdana telah mengondol gelaran juara. Tahniah diucapkan kepada pasukan tersebut.
07 November 2009
Piala Pengarah
Hari ini, kami masih berada di Port Dickson. Sempena kesempatan berada di sini, kami akan mengadakan mesyuarat bagi menghadapi Piala Pengarah tahun ini. Di dalam mesyuarat ini nanti, pegawai-pegawai PPD akan diberi banyak info mengenai Piala Pengarah pada kali ini.
06 November 2009
Ke Port Dickson Lagi
Hari ini, kami unit sukan sekali lagi ke Port Dickson menghadiri mesyuarat Perancangan Takwim bagi Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Sekiranya ada sebarang maklumat terkini, kami akan muatkan di dalam blog ini nanti.
05 November 2009
Terkini
Hari ini kami memulakan pembelajaran dengan memasukkan gambar,muzik dan video. Terimalah video untuk tatapan dan hiburan anda semua. jangan tension-tension. Selamat Memblogginggggg..
04 November 2009
04 November 2009
Asalamualaikum
Selamat datang ke blog Unit Sukan,PPD Petaling Perdana
Ini merupakan kali pertama blog ini dicipta. Bagi mereka yang mempunyai komen-komen yang membina,bolehlah memberi komen anda.Hanya komen-komen yang membina akan diterima pakai. Komen-komen yang tidak sedap didengar, tak usahlah diperdengarkan.Segala maklumat terkini mengenai sukan,akan kami muatkan dalam blog ini nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)