Penyelia Sukan

Penyelia Sukan

01 February 2010

Perbincangan Kejohanan Olahraga

Hari ini kami mengadakan perbincangan mengenai Kejohanan Olahraga yang bakal berlangsung pada 1 Mac 2010. Perbincangan ini telah diadakan di SK Seksyen 7, Shah Alam yang dihadiri oleh En. Ghasid Salleh bersama warga SK seksyen 7. Perkara yang dibincangkan ialah tarikh bagi mesyuarat-mesyuarat yang perlu dijalankan sebelum pertandingan.Sebarang maklumat berkaitan akan kami muatkan dalam blog ini nanti.

24 November 2009

JOHAN BOLA TAMPAR PIALA PENGARAH

Pada 21-22 November 2009, Kejohanan Piala Pengarah telah berlangsung dengan jayanya. Pasukan Bola tampar Wanita PPD Petaling Perdana telah mengondol gelaran juara. Tahniah diucapkan kepada pasukan tersebut.

07 November 2009

Piala Pengarah

Hari ini, kami masih berada di Port Dickson. Sempena kesempatan berada di sini, kami akan mengadakan mesyuarat bagi menghadapi Piala Pengarah tahun ini. Di dalam mesyuarat ini nanti, pegawai-pegawai PPD akan diberi banyak info mengenai Piala Pengarah pada kali ini.

06 November 2009

Ke Port Dickson Lagi

Hari ini, kami unit sukan sekali lagi ke Port Dickson menghadiri mesyuarat Perancangan Takwim bagi Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Sekiranya ada sebarang maklumat terkini, kami akan muatkan di dalam blog ini nanti.

05 November 2009

Terkini

Hari ini kami memulakan pembelajaran dengan memasukkan gambar,muzik dan video. Terimalah video untuk tatapan dan hiburan anda semua. jangan tension-tension. Selamat Memblogginggggg..